no comments

ANAK SAYA ADA HICCUP, APA NAK BUAT?

Hari itu, Saya dapat soalan dari seorang ibu yang prihatin ni. Dia tanya “Puan, anak saya ada hiccup. Macam mana nak hentikan? Kalau saya letak yang kertas kat dahi dia tu membantu ke?”

Baby yang baru lahir memang selalu akan mengalami hiccup / tersedu. Tapi apa yang kita tidak tahu, baby memang tidak rasa terganggu sangat dengan hiccup ini berbanding orang dewasa. Bila baby dalam tahun pertama umurnya, beberapa adegan hiccup ini akan berlaku dalam selang beberapa hari, dan taidk ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau baby anda yang baru lahir selalu mengalami hiccup ini dan membuatkan ibu risau, boleh cuba beberapa petua yang mudah ni untuk menghentikannya
STEP

Menyusukan baby anda. Dengan menyusu, membantu diaphragm baby untuk relaks and menghentikan hiccup dengan serta merta.

STEP

Burp kan baby anda. Burp kan baby selepas menyusu, membantu mengeluarkan angin yang terperangkap dalam perut dimana yang boleh mengakibatkan kembung perut dan hiccups.

STEP

Pegang baby dalam keadaan dukung menegak. Ubah posisi semasa dalam menyusu dan pegang baby dalam keadaan mendukung ke atas untuk membantu angin keluar dengan sendirinya.

STEP

Beri baby anda sesuatu untuk hisap. Menghisap putting juga turut membantu melegakan hiccup baby anda.

Semoga pembacaan ini dapat memberi manfaat kepada ibu ibu

emlac320

Reply