no comments

Apakah Itu Hypnobreastfeeding?

Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Teknik hypnobreastfeeding ini adalah teknik yang akan membantu ibu-ibu dalam penghasilan susu ibu yang cukup untuk bayi yang baru dilahirkan. teknik hypnobreastfeeding dilakukan dengan menggunakan minda separa sedar, dengan menanam kata-kata positive seperti “aku boleh susukan anak aku” “susu aku banyak” “aku hanya nak susukan anak aku dengan susuku sendiri”.

Apa-apa sahaja kata-kata postive yang ditanam akan diserap masuk ke dalam minda dan akan menyebabkan ketenangan fikiran, seterusnya melahirkan perasaan gembira. #Pemikiran_yang_tenang dan#perasaan_yang_gembira amat penting dalam menjayakan penyusuan bayi.
BAGAIMANA TEKNIK HYPNOBREASTFEEDING DILAKUKAN ?

– Melihat atau mendengar nafas atau dengkuran bayi dapat mencetuskan perasaan kasih dan cinta kepada bayi yang kita lahirkan, seterusnya kita akan berazam untuk menyusukan bayi dengan susu ibu tanpa sedikitpun susu formula.

– Mommies boleh praktiskan teknik ini ketika mommies berehat atau sebelum tidur, pejamkan mata dan ulang kata-kata semangat untuk menyusukan cinta hati kita.
– Seperti hypnobirthing, hypnobreastfeeding juga berkait rapat dengan gaya hidup mommies. Jadi mommies haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh. Barulah minda kita akan lebih tenang.

Jika ibu-ibu tak mampu nak ikut piramid makanan dengan betul, tak sempat nak masak sendiri dirumah, boleh amalkan pengambilan supplement untuk mengisi kekosongan zat dalam badan ibu-ibu

emlac320

Reply