no comments

Cara Merawat & Membersihkan Tali Pusat Bayi Supaya Tidak Kena Jangkitan

Setelah melahirkan anak, tali pusat dan juga ari-arinya tidak diperlukan lagi, tali pusat akan dipotong 2-3 cm dan tali pusat inilah yang harus dijaga dan dirawat dengan maksud agar cepat kering dan juga tidak akan terjadi infeksi. Ikuti langkah di bawah untuk merawat dan membersih tali pusat anak anda:

Pastikan tali pusat sentiasa bersih

Setiap kali menggantikan lampin, gunakan kapas bersih dan air suam untuk membersihkan tali pusat bayi. Jika secara tidak sengaja terkena air ketika memandikan anak, gunakan kain kasa steril dan putik kapas untuk mengeringkannya. Bagi tali pusat yang melekit dan kotor, gunakan air suam bersih dan lap dengan kain yang lembut serta menyerap air, setelah itu keringkan supaya tidak berlaku jangkitan dan kuman. Ibu juga mesti sentiasa membersihkan tangan menggunakan sabun antiseptic dan air yang bersih sebelum membersihkan tali pusat bayi supaya tiada kuman yang boleh terkena pada tali pusat.

 

Pastikan tali pusat sentiasa kering

Jika memakaikan bayi lampin, elakkan daripada menutup pusat bayi, pakaian hanya sampai di bawah pusat bayi. Jangan bungkus tali pusat bayi dan biarkan sahaja udara masuk dan akhirnya ia akan kering dan tertanggal. Pakaikan baju yang agak longgar supaya tidak menggangu tali pusat yang belum kering. Jika lampin agak panjang untuk dipakai, lipatkan ia untuk mengelakkan berlaku kegatalan pada tali pusat bayi

 

Elakkan tali pusat daripada terkena air semasa mandi

Gunakan span untuk memandikan bayi anda, span sangat praktis digunakan ketika tali pusat bayi belum tertanggal, jika tali pusat sudah mengering dan tertanggal dengan sendirinya, maka anda boleh memandikan bayi dalam tab.

 

Elakkan sebarang krim atau ubat lain

Doktor biasanya membekalkan cecair pembersih beralkohol untuk membersihkan tali pusat bayi. Cecair tersebut hendaklah disapukan di bahagian tali pusat setiap kali menukar lampin sehinggalah tali pusat itu tanggal dengan sendiri. Jangan menyapu sebarang krim atau ubat lain tanpa keizinan daripada doctor kerana bimbang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

 

Jangan tanggalkan tali pusat dengan sendiri

Biasanya tali pusat bayi akan gugur sendiri di antara 10 – 13 hari. Biarkan tali pusat bayi tertanggal sendiri tanpa perlu ditarik atau dicabut kerana bayi akan merasa sakit. Jika tali pusat kotor dan agak bernanah disekitarnya, ia adalah perkara yang normal, dan bukan akibat jangkitan. Jadi ibu tk perlu risau tentang hal ini. Beberapa kemungkinan, tali pusat bayi mengalami jangkitan adalah bayi akan mengalami demam, lemah, lesu dan meragam, menolak susu ibu atau susu formula, tali pusat agak kemerahan dan sedikit membengkak, bayi juga akan menangis tak henti-henti, tali pusatnya juga akan mengeluarkan bau.

Jika bayi anda mengalami symptom seperti ini, segera berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan rawat masalah ini sendiri kerana bimbang ia akan menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk.

credit to: www.majalahpama.my

emlac320

Reply