no comments

Ibu Menyusu Perlu Sayuran Apa?

Ramai di antara ibu-ibu yang tertanya,

KALAU SAYA MENYUSU, SAYUR MANA SAYA BOLEH MAKAN? YANG NI BOLEH MAKAN TAK? SAYUR TU TAK BOLEH KE?

Banyaknya pertanyaan, okay ibu-ibu, malam ini nak kongsikan entry mengenai sayuran yang sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang menyusu.

SETIAP SAYURAN YANG KITA MAKAN ITU MESTILAH ADA KHASIAT yang tersendiri kan?

✔Daun Katuk (Daun selasih)
– Sangat efektif untuk penghasilan air susu ibu dan sangat sesuai bagi ibu menyusu.
– Mempunyai pelbagai vitamin yang dapat membantu kesihatan ibu menyusu seperti Vitamin A, B & C.

✔Sayur bayam
– Merupakan sumber zat besi terpenting dan mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan.
– Merupakan sumber Vitamin A dan K serta protein.

✔Sayur kangkung
– Membantu menjaga kesihatan jantung, meningkatkan kecerdasan otak dan menjaga system imunisasi tubuh.
– Dapat mencegah diabetes dan anemia.

✔Sayur Brokoli
– Brokoli mengandungi zat besi yang diperlukan oleh tubuh dan juga bayi.
– Selain itu, brokoli juga membantu dalam menajamkan daya ingatan.

Amalkan pemakanan yang sihat ya, yang penting jangan lupa minum air.

emlac320

Reply