no comments

Resepi Lobak Putih

Selamat tengahari ibu. Ada yang bertanya macam mana nak buat sup lobak putih macam yang selalu orang cakap boleh banyakkan susu itu. Supaya semua orang dapat merasa buat sup ini . Yang pasti sangatlah sedap, suami pon boleh join semulut.

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi

CARA-CARA :
1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Masukkan bahan2 yang dihiris tadi bersama 3 cawan air, rangka ayam, dan perencah sup sayur adabi.

3. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.

5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.

6. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

emlac320

Reply