no comments

Resipi Puri Campuran untuk Bayi 6-8 Bulan

Entri kali ini lebih berfokus kepada resepi puri yang boleh ibu bapa sediakan untuk bayi mereka yang berumur enam ke lapan bulan. Campuran beberapa jenis sayur-sayuran atau buah-buahan boleh dipraktikkan untuk menambah kepelbagaian dalam makanan bayi anda.

Sebelum anda menyediakan puri campuran, adalah digalakkan untuk anda mengenalkan puri yang menggunakan sejenis buah atau sayur. Ini bertujuan untuk mengetahui jika bayi anda ada allergi kepada makanan tersebut atau tidak.Puri campuran ubi keledek, brokoli dan kacang peas

Bahan-bahan

Sebiji ubi keledek (250g), dibuang kulit dan dipotong dadu
60g brokoli
40g kacang peas frozen (cairkan)
Air suam 70ml
Cara penyediaan

Kukus ubi keledek selama 3-4 minit.
Masukkan brokoli dan kukus lagi selama 4 minit.
Masukkan kacang peas dan kukus sehingga lembut.
Selepas masak, masukkan ke dalam blenderdan masukkan air suam. Blend sehingga lumat.

sumber rujukan : Keluargabaru.com

emlac320

Reply