no comments

SAKIT PUTING & PENYUSUAN

Sakit Puting adalah salah satu gejala yang biasa dihadapi ibu baru terutama yang menyusukan anak. Disebabkan masalah sakit putinglah, ramai ibu-ibu yang berputus asa untuk meneruskan penyusuan kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami semasa anak menyusu ataupun selepas penyusuan.

Punca – Punca

Kebanyakan punca sakit puting adalah disebabkan oleh cara lekapan dan posisi bayi yang tidak sesuai semasa penyusuan. Ingatlah bahawa bayi anda sedang cuba untuk membiasakan diri menyusu dengan betul. Dengan sistem tubuh yang masih belum cukup matang memerlukan bayi baru lahir untuk mahir dalam mekanisma penyusuan. pergerakan bibir, lidah, atau gusi yang tidak sesuai menyebabkan sakit pada puting serta payudara. Sesi penyusuan yang kerap akan dapat membantu bayi memahirkan diri mereka dalam penyusuan.

Apa tindakan anda ?

Berjumpa dengan doktor atau pakar laktasi jika anda mengalami masalah seperti dibawah :

  1. puting luka atau berdarah
  2. sakit semasa menyuskan anak
  3. sakit berterusan selama seminggu atau dua minggu

 

SAPU KRIM

Puting yang rosak jika dibiarkan tidak rawat boleh meningkatkan risiko mastisis iaitu jangkitan pada payudara.Justeru itu, ibu memerlukan krim payudara yang baik untuk melegakan kesakitan sekaligus melancarkan proses penyusuan kepada bayi.

 

 

emlac320

Reply