no comments

Tanda-Tanda Bayi Cukup Susu Ibu

Kelakuan bayi, kekerapan menyusu, keadaan payudara, kuantiti susu yang diperah, sensasi pancutan reflex BUKANLAH cara untuk menentukan sama ada penghasilan susu mommies cukup atau tidak ye.

Tapi, mommies perlu juga MENILAI TAHAP KEPEKAAN, KECERGASAN & PERTUMBUHAN BABY iaitu :

 

– Bayi Kerap Menyusu:

Perlu diketahui mommies, bahawa susu ibu sangat mudah untuk DIHADAM. Ia hanya mengambil masa lebih kurang 1.5 hingga 2 jam sahaja untuk dihadam. Oleh itu, bayi menyusu susu ibu akan kerap menyusu. Bayi juga mempunyai keperluan yang tinggi untuk direct feed dan lebih gemar berada dekat dengan ibunya. Itu adalah NORMAL ye mommies.

-Kekerapan & Tempoh Penyusuan Bayi Meningkat Mendadak:

Situasi ini adalah di panggil GROWTH SPURT. Growth Spurt ini biasanya berlaku selepas baby dilahirkan, antara :- (7-10 HARI), (2-3 MINGGU),(4-6 MINGGU), (3 BULAN), (4 BULAN), (6 BULAN)& (9 BULAN). Ianya merupakan satu proses semulajadi yang mana kekerapan penyusuan oleh bayi dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Waktu ini baby akan menyusu dengan kerap mungkin setiap 1 jam dan akan sering meragam. JANGAN PANIK mommies2. Situasi ini hanyalah sementara dan akan kembali normal selpeas beberapa minggu.

-Bayi Meragam:

Kebanyakan bayi akan meragam pada waktu petang dan malam dan baby akan reda setelah beberapa ketika. Cara yang paling baik untuk meredakan baby ialah mendukung, memeluk dan kerap memberi payudara sebelum baby mula meragam. Bukan apa mommies2, si manja kita ini hanya mahu dibelai dan ingin rasa selamat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat ibu-ibu diluar sana ye..

emlac320

Reply